Tempat-Tempat Bersejarah Keluarga Ba'alawi


Tempat-Tempat Bersejarah

Keluarga Ba'alawi


  
Syi’ib (lereng) Nabi Hud a.s di negeri kaum Ad dan Tsamud di Hadhramaut. Dalam bangunan itu terdapat makam Nabi Hud as. Penduduk Hadhramaut dan kaum muslimin dari berbagai pelusuk dunia menziarahi tempat ini setiap tahun, khususnya pada 10 hari pertama bulan Sya’ban.

 
Tanah pekuburan Zanbal di kota Tarim. Bangunan paling kanan adalah kubah Habib Abdullah Alaydrus bin Abu Bakar As-Sakran. Bangunan beratap di sebelah kiri adalah Saqifah Al-Haddad di mana terletaknya makam Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad.

 Makam Imam Ali Al-Uraidhi bin Imam Jaafar As-Shodiq di Uraidhi, Madinah. Beliau dilahirkan di kota Madinah dan meninggal tahun 210H.
 Makam Imam Al-Muhajir Ahmad bin Isa di Husaiseh, Hadhramaut. Beliau dilahirkan di Bashrah dan wafat di Hadhramaut tahun 345H. Beliau digelar Al-Muhajir kerana pada tahun 317H berhijrah dari Iraq ke Hadhramaut.
 Qubah dan makam Al-Habib Ubaidillah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa. Beliau dilahirkan di kota Bashrah dan meninggal di kota Sumal tahun 383 Hijriah.

Makam Sayidina Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa. Seluruh nasab kaum Alawiyin kembali kepada beliau dan beliau adalah zuriat Rasulullah s.a.w.  yang pertama memakai nama Alwi.
 



 
Makam Imam Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad bin Isa di kota Bait Jubair. Beliau adalah ayah Sayidina Ali Kholi’ Qosam.
 Makam Imam Ali bin Alwi Kholi’ Qosam di Zanbal, Tarim. Beliau dilahirkan di kota Bait Jubair, dan merupakan Alawiyyin pertama yang tinggal di kota Tarim, iaitu pada tahun 521 H. Salam beliau dalam solat dijawab langsung oleh Baginda Rasulullah saw, dan para makmum dapat mendengar dengan jelas jawapan salam itu. Beliau membeli tanah seharga 20.000 dinar kemudian diberi nama Qosam, seperti nama suatu tempat di Bashrah. Beliau dijuluki Kholi’ Qosam: Kholi’ ertinya penanam/petani, Qosam adalah tanah tempat ia bercocok tanam. Beliau meninggal tahun 527 H.
 
 Makam Muhammad Shohib Mirbath bin Ali Kholi’ Qosam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad Al-Muhajir. Beliau dilahirkan di kota Tarim dan meninggal tahun 556 H di Mirbath, Oman. Beliau dikatakan berhijrah ke Oman disebabkan oleh tekanan penguasa Tarim.

 Makam Sayidina Al-Faqih Al-Muqaddam Muhammad bin Ali Ba'alawi di Zanbal, Hadhramaut. Beliau lahir di Tarim pada tahun 573H dan wafat tahun 653H.

 
Rumah Sayidina Al-Faqih Muqaddam di kota Tarim. Rumah ini sekarang digunakan sebagai tempat mesyuarat para mufti dalam mengeluarkan fatwa.

  Pintu masuk dan bahagian dalam tempat ibadah Sayidina Al-Faqih Muqaddam di Bukit Nu'air, Hadhramaut.

 Bekas menyimpan kurma Sayidina Al-Faqih Muqaddam. Beliau memiliki sebanyak 360 buah bekas yang mana setiap hari beliau menyedekahkan satu bekas kurma kepada kaum fakir miskin.

 Makam Habib Abdurrahman Assegaf bin Muhammad Maula Dawileh bin Ali bin Alwi bin Al-Faqih Al-Muqaddam di Zanbal, Hadhramaut. Beliau lahir di Tarim tahun 739H dan meninggal pada tahun 819H. Beliau digelar Assegaf kerana ilmunya mengungguli ulama dan auliya di zamannya. Daripada beliau berpecah beberapa bahagian antaranya Alaydrus, bin Syihabuddin, bin Syeikh Abu Bakar, Al-Attas, Al-Hadi, Ba-Aqil, Al-Baiti dan lain-lain. 

 Makam dan masjid Habib Umar Al-Muhdhor bin Abdurahman Assegaf. Beliau dilahirkan di Tarim dan wafat sewaktu sujud solat Zohor hari Isnin 12 Dzulqaedah 833H dan dimakamkan di Zanbal, Hadhramaut. 

 Makam Al-Habib Abdullah Alaydrus bin Abu Bakar As-Sakran bin Abdurrahman Assegaf di Zanbal, Hadhramaut. Beliau yang juga dikenali sebagai 'Aidarusil Akbar dilahirkan pada bulan Dzul Hijjah tahun 811H dan wafat Ramadhan tahun 865H. 

 Ruang ibadah dan khalwat Al-Habib Abdullah bin Abu Bakar As-Sakran yang terletak di dalam masjidnya di kota Tarim. 
 Makam Al-Habib Abu Bakar Al-Adni bin Abdullah Alaydrus di Aden, Yemen.
 Qubah dan makam Al-Habib Syeikh Abu Bakar bin Salim di Inat, Hadhramaut

Qubah dan makam Al-Habib Umar bin Abdurrahman Al-Attas Sohibul Ratib di Huraidhah, Hadhramaut.
 Qubah Al-Habib Hussein bin Umar bin Abdurrahman Al-Attas berhadapan dengan qubah ayahnya di Huraidhah, Hadhramaut.
 
Makam Habib Ahmad bin Hasan Al-Attas terletak di dalam Qubah Al-Habib Umar Sohibul Ratib di Huraidhah, Hadhramaut.
 Makam Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad di Zanbal, Hadhramaut.

Masjid Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad di Tarim, Hadhramaut. 
 Qubah Shohibus Syi’ib Habib Ahmad bin Muhammad Al-Habsyi di Husaiseh, Hadhramaut. Makam beliau terletak berdekatkan dengan makam Imam Ahmad Al-Muhajir bin Isa.

Makam Al-Habib Noh bin Muhammad Al-Habsyi (Habib Noh) di Palmer Road, Singapura.
 Makam Al-Habib Abdul Rahman bin Muhammad Al-Aidrus (Tokku Paloh) di Paloh, Kuala Terengganu, Terengganu. 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tempat-Tempat Bersejarah Keluarga Ba'alawi "

Post a Comment