AL ALLAMAH AL 'ARIF BILLAH AL QUTHUB AL HABIB AHMAD BIN 'UMAR BIN AHMAD AL HINDUAN NASAB BELIAU:
HABIB AHMAD BIN UMAR BIN AHMAD BIN AQIL BIN MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN
UMAR AL-HINDUAN BIN AHMAD BIN HASAN AL-WARAA' BIN ALI BIN MUHAMMAD
MAULADDAWILLAH BIN ALI BIN ALWI AL-GHUYUR BIN MUHAMMAD AL-FAQIH
AL-MUQADDAM BIN ALI BIN MUHAMMAD SHOHIB MIRBATH BIN ALI KHOLI' QOSAM BIN
ALWI BIN MUHAMMAD SHOHIB SHUM'AH BIN
ALWI BIN UBAIDILLAH BIN AHMAD AL-MUHAJIR BIN ISA AR-RUMI BIN MUHAMMAD
A-NAQIB BIN ALI AL'URAIDHI BIN IMAM JA'FAR ASH-SHODIQ BIN IMAM MUHAMMAD
AL-BAQIR BIN IMAM ALI ZAINAL ABIDIN BIN IMAM HUSSAIN BIN IMAM ALI BIN
ABI THOLIB (BIN ASSAYYIDAH FATIMAH AZZAHRO) BINTI AR-ROSUL AL-A'DZHOM
MUHAMMAD SAW.
ALLAMAH AL-HABIB AHMAD AL-HINDUAN MEMILIKI
PERIBADI YANG MULIA, BERWAJAH LEMAH LEMBUT DAN BERFIKIRAN TAJAM.
MEMILIKI BANYAK KEUTAMAAN,ALIM DAN MENGUASAI BERBAGAI BIDANG
PENGETAHUAN.PENGARANG KITAB YANG SARAT DENGAN BERBAGAI MACAM ILMU.BELIAU
TUMBUH BAIK DALAM ASUHAN AYAHNYA AL-HABIB AL-FAQIH UMAR BIN AHMAD BIN
AQIL AL-HINDUAN. DISAMPING ITU BELIAU JUGA MEMPEROLEH ASUHAN DARI
PAMAN-PAMANNYA DARI PIHAK IBUNYA, YANG JUGA MERUPAKAN ULAMA PADA MASA
ITU SEPERTI: AL-HABIB AHMAD, AL-HABIB ABU BAKAR YANG MERUPAKAN
PUTERA-PUTERA DARI AL-HABIB AL-FAQIH HUSAIN BA FAQIH RA. KEMUDIAN BELIAU
JUGA MEMPEROLEH DIDIKAN DARI BEBERAPA ULAMA LAIN SEPERTI: AL-MU'ALLIM
ABDULLAH BA JAM'AN SEBAGAI GURU DALAM BIDANG AL-QURAN. DAN BELIAU JUGA
BELAJAR KEPADA AL-HABIB ABDURRAHMAN BIN ABDULLAH BA HARUN, AL-FAQIH
MUHAMMAD BIN AHMAD BA JUBAIR, SYEIKH ABDULLAH BIN ABU BAKAR AL-KHOTIB
DAN AS-SYARIF SAHL BIN AHMAD BA HASAN. BELIAU MEMPUNYAI
PERHATIAN DAN KEGEMARAN DALAM MENUNTUT ILMU DENGAN PENERIMAAN YANG BAIK,
SENTIASA MELAZIMKAN KETAATAN DAN IBADAH DI SETIAP KESEMPATAN MANAKALA
TIDAK ADA KESIBUKAN. AL-QUTHB AL-GHAUTS AL-HABIB ABDULLAH BIN
ALWI AL-HADDAD, PENGARANG RATIB AL-HADDAD MENUTURKAN TENTANG PENGALAMAN
DIRINYA SELAMA BERSAMA DENGAN AL-HABIB AHMAD AL-HINDUAN. "DIANTARA KAMI
DENGAN AL-HABIB AHMAD AL-HINDUAN TERDAPAT PERSAHABATAN SERTA KEDEKATAN
YANG TAK TERPISAHKAN, KAMI SELALU DUDUK BERSAMA DALAM KERAMAHAN
DIBERBAGAI KEGIATAN DIMASA BELAJAR KEPADA AL-FAQIH ABDURRAHMAN,
AS-SAYYID SAHL DAN AL-FAQIH ABDULLAH AL-KHOTIB DI ZAWIYAH ALHAJIRAH."
BERKENAAN DENGAN KEPERIBADIAN AL-HABIB AHMAD AL-HINDUAN DIUNGKAPKAN
OLEH AL-HABIB ABDULLAH AL-HADDAD IAITU: "AL-HABIB AHMAD AL-HINDUAN
ADALAH SEORANG TOKOH YANG ALIM, WARA',MEMILIKI KETAJAMAN JIWA
(MUKASYAFAH), LEMAH LEMBUT DAN ZUHUD. KAMI MENGAKUI KEUTAMAAN YANG
DIMILIKINYA DAN BERHARAP DAPAT MEMILIKI SIFAT SEPERTI BELIAU."
AL-HABIB AHMAD AL-HINDUAN MELAKUKAN PERJALANAN KE INDIA DAN BELIAU
TINGGAL DISANA DALAM BEBERAPA WAKTU UNTUK MEMBANTU PAMAN DARI SAUDARA
IBUNYA AL-HABIB ABU BAKAR. KEMUDIAN BELIAU KEMBALI KE TARIM
(YAMAN), DAN DARI TARIM BELIAU MELAKUKAN IBADAH HAJI SERTA BERZIARAH KE
PUSARA KAKEKNYA BAGINDA RASULULLAH SAW. SEMENJAK ITU BELIAU KELUAR MASUK
INDIA SEBANYAK 2 ATAU 3 KALI. NAMUN SETELAH PAMAN BELIAU (AL-HABIB ABU
BAKAR) MENINGGAL DUNIA, BELIAU MENETAP DI TARIM, HINGGA BELIAU WAFAT DI
SANA. AL-HABIB AHMAD BIN UMAR AL-HINDUAN MERAIH MUKASYAFAH PADA
USIA 18 TAHUN. YAKNI MAMPU MENYAKSIKAN PERIHAL KEJIWAAN SESEORANG,
APAKAH ORANG TERSEBUT DALAM KEADAAN SUCI ATAUKAH BERHADAS. KEMUDIAN
BELIAU BERDOA KEPADA ALLAH AGAR MUKASYAFAH TERSEBUT DITUTUP, DIKERANAKAN
BELIAU TIDAK MAHU MENATAP HAL-HAL YANG BERSIFAT DEMIKIAN.
BELIAU JUGA MEMPEROLEH GELAR "QIBLAT AD-DUNYA" YANG BERERTI KIBLAT
DUNIA. HAL INI MERUPAKAN GELAR PENGHORMATAN ATAS KEPAKARAN BELIAU DALAM
DUNIA HUKUM ISLAM (FIQH), SEHINGGA TIDAK TERTANDINGI PADA ZAMANNYA. DAN
BUKTI KEBERHASILAN BELIAU ADALAH MENCETAK KADER, DIMANA MURIDNYA YAKNI,
AL-HABIB ABDURRAHMAN BIN ABDULLAH BA FAQIH YANG MERAIH GELAR "ALAMAT
AD-DUN YA" YANG BERERTI TANDA DUNIA, YAKNI BELIAU MAMPU MENGETAHUI DARI
BEKAS TELAPAK KAKI MUSAFIR DARI MANA DIA BERASAL DAN SIAPA GURUNYA, DAN
APAKAH GURU SI MUSAFIR ITU MASIH HIDUP ATAUKAH SUDAH MENINGGAL. BAHKAH
BELIAU DAPAT MEMBACA LETAK KA'ABAH DARI HEMBUSAN ANGIN. JIKA AL-HABIB
ABDURRAHMAN BA FAQIH SEDEMIKIAN LUAR BIASA, MAKA BAGAIMANA LAGI DENGAN
AL-HABIB AHMAD BIN UMAR AL-HINDUAN YANG SELAKU GURUNYA?!
AL-HABIB AHMAD BIN UMAR AL-HINDUAN JUGA MEMILIKI KEKERAMATAN, DIMANA
SETIAP BELIAU MELAKSANAKAN SHOLAT,MAKA TERASA OLEHNYA KENIKMATAN YANG
TAK TERHINGGA BAHKAN MELAMPAU SEGALA KELAZATAN BADANI. DALAM
KITAB SABIIL AL MUHTADIN HAL 100-118 TERMAKTUB SELAWAT KARYA AL-HABIB
AHMAD BIN UMAR AL-HINDUAN RADHIYAALLAH 'ANHU YANG SANGAT PANJANG.
SELAWAT TERSEBUT MEMILIKI MAKNA YANG TINGGI TENTANG TAUHID DAN MAKRIFAT,
AKHLAK, PUJIAN DAN DOA DENGAN BAHASA YANG INDAH. KITAB SELAWAT TERSEBUT
DIBERI NAMA "AL KAWAAKIBUL MUDHIIAH FI SH-SHALAATI' ALAA KHAIRIL
BARIYYAH" YANG BERERTI BINTANG-BINTANG YANG BERCAHAYA (DALAM SELAWAT)
ATAS SEBAIK-BAIK MAKHLUK (IAITU SAYYIDINA MUHAMMAD SAW). SELAWAT
TERSEBUT BAGAIKAN CAHAYA BINTANG DILANGIT. DENGAN KITA MEMBACA SELAWAT
DIMAKSUD MAKA INSYAALLAH AKAN MENDAPAT LIMPAHAN CAHAYA, RAHMAT, TAIFIQ
DAN HIDAYAH DARI ALLAH SWT DAN SYAFA'ATNYA RASULULLAH MUHAMMAD SAW.
SEHINGGA AKAN MENCAPAI DERAJAT YANG TINGGI DI DUNIA DAN AKHIRAT.
DALAM KITAB GHAYAH AL QASHD DIKUTIP PERNYATAAN SINGKAT AL-HABIB
ABDULLAH AL-HADDAD KEPADA AL-HABIB AHMAD BIN UMAR AL-HINDUAN RADHIYALLAH
'ANHUMA. DIMANA PADA SUATU KESEMPATAN AL-HABIB ABDULLAH BERKATA KEPADA
AL-HABIB AHMAD BIN UMAR AL-HINDUAN: "PERASAAN HATI KAMI SELALU
BERSAMAMU, (DUHAI) ENGKAU AL-HINDUAN".AL-HABIB AHMAD AL-HINDUAN
MENJAWAB: TAK ADA YANG DAPAT MENYENANGKAN DAN MEMPERBAIKI PERASAAN HATI
KAMI SELAIN AL-HADDAD". DALAM KITAB RAFU AL-ASTAAR TERTULIS
PENGAKUAN LANGSUNG DARI PENGARANGNYA IAITU: AL-HABIB ABDURRAHMAN BIN
ABDULLAH BIN AHMAD BA FAQIH. BAHWA AL-HABIB AHMAD BIN UMAR AL-HINDUAN RA
ADALAH PERIBADI YANG ALIM, TERSOHOR, DAN MEMAHAMI BERBAGAI BIDANG ILMU.
AKU TELAH MEMBACA KITAB DIHADAPANNYA PADA BERBAGAI KESEMPATAN SECARA
TEKUN DAN MENGAMBIL MANFAAT DARI DIRINYA. DAN AKU TELAH MEMAKAI KHIRQAH
MULIA (PAKAIAN SIMBOL SUFI) DARI BELIAU BERULANG KALI. DAN BELIAU TELAH
MEMBERI IJAZAH KEPADAKU BAIK SECARA KHUSUS ATAUPUN UMUM. DAN AKU
MENEMANI AL-HABIB AHMAD BIN UMAR AL-HINDUAN RA HINGGA BELIAU WAFAT DI
TAHUN 1122H. AL-HABIB AHMAD BIN UMAR AL-HINDUAN RA WAFAT TANPA
MENDERITA SUATU PENYAKIT, PADA MALAM JUMAAT TANGGAL 19 ATAU 20 SHAFAR
TAHUN 1122H, DISEMADIKAN DI TARIM, HADHARAMAUT (YAMAN). DAN BELIAU
MENINGGALKAN BANYAK ANAK, PUTERA DAN PUTERI. SUMBER DARIPADA : AL-HABIB AL-SAYYID MURTADHA BIN MUHSIN AL-HINDUAN (SITUBONDO,JANUARI 2006,PENGHIMPUN) |
0 Response to "MANAQIB AL HABIB AHMAD BIN 'UMAR BIN AHMAD AL HINDUAN"
Post a Comment