Ghaib. Sayidina Qutham bin Abbas, sepupu kepada Rasulullah SAW adalah perintis masuknya Islam ke Uzbekistan. Sebelumnya beliau pernah diamanahkan menjadi wakil baginda di Makkah dan sering menjadi pengiring Sayidatina Aisyah. Rasulullah mengakui bahawa Qutham sangat mirip dengan baginda dari segi rupa paras dan peribadi. Semasa membawa misi dakwah di Uzbekistan, beliau terpaksa berdepan dengan penentang dari kalangan penyembah berhala dan penganut Kristian Koptik. Kemuncaknya iaitu apabila beliau dipancung semasa sedang bersembahyang. Kepalanya terpisah dari badan. Dengan izin Allah berlaku karamah yang tidak diduga-duga. Jasad tanpa kepala itu lalu bangun, kemudian mengambil semula kepalanya dari lantai dan menyambungkannya kembali. Lalu beliau pun menghilang. Di tempat beliau ghaib itulah didirikan maqamnya sehingga ke hari ini masih boleh ditemui di Samarqand. Uzbekistan.
Menjaga Kesabaran HatiDiambil dari kitab Menyingkap Rahasia Hati, terjemahan Miftaahus Sarooir wa Kanzudz Dzakhooir, karangan Syeikh Abu Bakar bin Salim, hal 73 - 74, penerbit Putera Riyadi Solo.
Pada suatu hari, Syeikh Abu Bakar bin Salim berniat untuk mempelajari ilmu daripada Syeikh Ma'ruf Bajammal yang tinggal di kota Syibam. Namun beliau terpaksa berhenti di pinggir kota Syibam kerana Syeikh Ma'ruf masih belum mahu menemuinya. Setiap kali dikatakan kepada Syeikh Ma'ruf: "Anak Salim bin Abdullah  meminta kebenaran untuk menemuimu", beliau sering menjawab: "Katakan kepadanya bahawa aku belum berkenan untuk menerimanya".Walaupun ayah Syeikh Abu Bakar merupakan seorang yang dihormati karena kesolehannya, Syeikh Abu Bakar tidak pernah bersikap sombong dan marah di atas perlakuan syeikh tersebut, malah beliau tetap bersabar menunggu di bawah terik matahari dan dinginnya angin malam. Setelah 40 hari, beliau menerima khabar bahawa Syeikh Ma'ruf bersedia untuk menemuinya. Dengan berkat kesabarannya, dalam waktu yang singkat sahaja beliau telah dapat menyerap ilmu yang disampaikan oleh gurunya.
................................................................................................................... 
| Rasulullah S.A.W: Role Model Sepanjang Zaman | 
| Amalan - Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasa'i daripada Aisyah dan Ummu Salamah) | 
| Tahajjud - Rasulullah bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki baginda. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasa'i Ibnu Majah kepada Mughirah) | 
| Puasa - Rasulullah berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. (Riwayat Ibnu Majah) | 
| Pakaian - Adalah pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah gamis.(Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah) | 
| Berserban - Apabila Rasulullah berserban baginda akan melabuhkan ekor serbannya antara dua bahunya. (Riwayaat at-Termizi daripada Ibnu Umar) | 
| Bertemu - Adalah Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, baginda tidak akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan Assalamualaikum, Assalamualaikum. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr) | 
| Sujud Syukur - Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan hatinya, baginda akan terus sujud sebagai tanda syukur pada Allah SWT. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah) | 
| Berbaring - Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), baginda akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya. (Riwayat Tabrani daripada Hafsah) | 
| Makan - Adalah Rasulullah SAW apabila baginda makan tengahari, baginda tidak akan makan malam lagi dan jikalau baginda makan malam, baginda tidak akan makan tengahari. (Riwayat Abi Na'im daripada Abi Sa'id) | 
| Berwudhuk - Apabila Rasulullah SAW berwudhuk, baginda akan menyelati janggutnya dengan air. (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar) | 
| Ketawa - Apabila Rasulullah SAW ketawa, baginda meletakkan tangannya di atas mulutnya. (Riwayat Bughawi daripada Walid Murrah) | 
| Istighfar - Apabila Rasulullah menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun meninggalkannya, baginda akan beristighfar sebanyak sepuluh hingga lima belas kali. (Riwayat Ibnus Sinni daripada Abi Umamah) | 
| Berani - Adalah Nabi SAW orang yang paling baik, paling pemurah dan paling berani. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah dari Anas) | 
| Benci dusta - Adalah perangai yang paling dibenci olehnya (Nabi SAW) ialah dusta. (Riwayat Baihaqi dari Aisyah) | 
| Marah  - Apabila Rasulullah marah dan baginda dalam keadaan berdiri, baginda akan duduk, dan jikalau sedang duduk, baginda akan berbaring hingga hilanglah marahnya. (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Mas'ud dan Ummu Salamah) | 
| Beri salam kepada kanak-kanak - Apabila Rasulullah lalu di hadapan kanak-kanak, Rasulullah akan memberi salam. (Riwayat Bukhari kepada Anas) | 
| Memotong kuku - Rasulullah memotong kuku dan menggunting misalnya pada hari Jumaat sebelum keluar sembahyang. (Riwayat Baihaqi kepada Abi Hurairah) | 
| Menerima berita - Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan perkara (berita) yang menggembirakannya, baginda akan berkata "Alhamdulillahillazi bi ni'matihi tatimmus solihat", dan apabila baginda didatangi perkara yang buruk, baginda akan berkata "Alhamdulillahi 'ala kulli hal". (Riwayat Ibnus Sinni dan Hakim daripada Aisyah) | 
...................................................................................................................
Puisi: Hari Ini 10 MuharramHari ini 10 Muharram
hari Nabi Adam a.s dan Siti Hawa 
Hari ini 10 Muharram 
Nabi Adam diampun Allah 
Hari ini 10 Muharam 
taubat Nabi Daud diterima Allah.
Hari ini 10 Muharram
Nabi Ibrahim a.s menentang Namrud yang zalim 
dan Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup 
tapi berkat mukjizatnya, gejolak api menjadi dingin.
Hari ini 10 Muharram
merakam sedikit peristiwa para nabi 
Nabi Yunus a.s bersemadi selama 40 hari di dalam perut ikan Nun 
kifarah atas "dosanya" meninggalkan kaumnya 
Hari ini 10 Muharram 
Nabi Yunus keluar dari perut ikan Nun.
Hari ini 10 Muharram
Nabi Allah Ayub a.s diuji oleh Allah selama 7 tahun 
setiap inci dagingnya gugur digigit ulat-ulat 
tulang-tulang saja yang tinggal 
bersama sekeping hati dan lidah 
yang tidak digigit ulat kerana zikirnya pda Allah 
Hari ini 10 Muharram 
penyakit Nabi Ayub disembuhkan Allah
Hari ini 10 Muharram
Nabi Musa a.s membelah Laut Merah 
dengan tongkat mukjizatnya 
Firaun dan tenteranya tenggelam ditelan laut yang terbelah
Hari ini 10 Muharram
mata Nabi Yaakub a.s yang buta celik semula 
dan pertemuan dengan puteranya, Nabi Yusuf 
dan hari ini 10 Muharram 
Nabi Yusuf a.s bebas dari penjara 
akibat fitnah seorang perempuan
Hari ini 10 Muharram
Nabi Nuh a.s dengan kaumnya  
terselamat dari ancaman banjir besar setinggi gunung 
dan bahteranya terdampar di Bukit Judi
Hari ini 10 Muharram
Nabi Isa a.s selamat dari tiang pensaliban Yahudi
Hari ini 10 Muharram
Karbala dibanjiri sungai darah Sayidina Hussin 
Muslim bin Uasajah dan Abdullah bin Umar  
gugur sebagai syuhada Karbala 
panah Syimar, pedang Zara 
dan kepala Sayidina Hussin terputus dari tubuhnya 
dan jenazah baginda diinjak-injak oleh ratusan kaki kuda 
Hari ini 10 Muharram 
alam terpaku kaku selama 7 hari 
bayang mentari di padang pasir 
seumpama kain berwarna kuning tua 
dan bintang-bintang seolah-olah berlaga
Hari ini 10 Muharram
mentari gerhana di kaki langit selama 6 bulan 
jin-jin menangis, meraung, meratapi 
wafatnya Sayidina Hussin, syuhada Karbala
Hari ini 10 Muharram
mari kita mengangkat doa 
berdoa bermunajat kepada Allah 
di bawah sujud tahajjud Qiamullail: 
"Ya Allah, jangan mengalir lagi darah Karbala. 
Ya Allah, jangan berulang lagi sejarah berdarah, 
air mata kota Baghdad 
menjadi rata bersama bumi 
Ya Allah, jangan lahir lagi 
Genghiz Khan dari Monggol 
dan cucunya Hulagu Khan 
di zaman Islam dagang ini 
ratusan ribu kitab dibakar 
ulama-ulama disembelih bersama 800 000 yang lain 
mayat-mayat kaum Muslimin dan tengkorak mereka 
dibina oleh Hulagu menara tugunya 
kehancuran kota Baghdad dan khalifah Muktasim 
Ya Allah, jangan berulang lagi.
Hari ini 10 Muharram
hari Asyura
Al Habib Munzir Al Musawa
 ** Kisah Jenazah Diikuti Banyak Kucing**
 
 Habib Munzir Al Musawa hafizahullah menceritakan : "Terjadi beberapa  waktu yang silam saat itu saya masih di Tarim, Hadramaut. Tinggal  beberapa lama di kota syihir, wilayah Mukalla disitu ada seorang wanita  tua wafat, suatu hari saya melihat jenazah diusung. Tapi ada 1 hal yang  ganjil. Apa yang ganjil? Ketika jenazahnya diusung, banyak orang yang  mengusungnya dan ratusan ekor kucing ikut mengantarkan jenazah. Ini  ganjil, saya fikir ada jenazah diikuti ratusan ekor kucing dan baru ini  saya melihatnya. Ketika saya bertanya – tanya, kenapa ini? Mereka memuji  wanita tua yang wafat itu alaiha rahmatullah. Di masa hidupnya  nafkahnya dicukupi oleh anak – anaknya, kerjanya tiap pagi masuk ke  pasar mengambil bekas kepala – kepala ikan yang terbuang dan ditaruh di  sebuah gerobak dan ia melemparnya kepada semua kucing yang ada di  jalanan. Bertahun – tahun itu terjadi sampai setiap pagi, ratusan kucing  sudah berjajar di jalanan menunggu bagian yang diberikan dari wanita  tua itu. Ketika ia wafat, ratusan ekor kucing itu mengantarkan  jenazahnya. Berhari – hari puluhan ekor kucing tidak meninggalkan  kuburnya.
 
0 Response to "Article menarik............."
Post a Comment